Takafulink

Pelan Takafulink Prudential BSN Takaful (PruBSN) adalah suatu produk komprehensif yang menyeluruh gabungan semua jenis perlindungan hayat, penghospitalan dan simpanan pelaburan.

Ianya membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai dengan hidup anda dan dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan yang tidak menentu dalam kehidupan seharian. Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa, begitu juga dengan keutamaan hidup yang sentiasa berubah. Maka perancangan kewangan kita perlu selaras dengan peredaran hidup dan Pelan Takafulink PruBSN memberikan anda kawalan kerana ia dapat disesuaikan dengan pelbagai peringkat kehidupan tersebut.

Takafulink PruBSN dan manfaatnya adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

Pelan Takafulink berkaitan pelaburan ini ialah gabungan perlindungan dan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan tetapi sebahagian daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.

Pelan Takafulink adalah sesuai untuk semua peringkat lapisan umur masyarakat kerana memenuhi 4 keutamaan keperluan keluarga:-

  • “Dying too Soon” : Melindungi waris daripada bebanan kewangan akibat kematian awal
  • “Living Too Long” : Plan Kewangan Simpanan Pelaburan untuk persaraan apabila sudah tua
  • “Living Death” : Melindungi pendapatan akibat penyakit biasa, kritikal atau kecederaan yang memerlukan kos rawatan berterusan sehingga meninggal dunia
  • “Children’s Future” : Menyediakan Tabung Pendidikan anak-anak
  • “Wealth Creation” : Mewujudkan Tabung Simpanan Tambahan berserta pulangan pelaburan

Berikut adalah ringkasan manfaat-manfaat Takafulink PruBSN yang komprehensif meliputi gabungan semua jenis perlindungan hayat, penghospitalan dan simpanan pelaburan:-

1. Manfaat Asas – Manfaat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal.
Jika berlaku kematian (akibat penyakit atau kemalangan) atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan menerima sejumlah pampasan berserta pulangan simpanan yang ada untuk mereka meneruskan kehidupan. Perlindungan untuk manfaat ini sehingga umur 80 tahun. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

2. Manfaat 36 Penyakit Kritikal
Jika peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima sejumlah dana sara-hidup untuk keperluan peribadi. Manfaat ini juga akan melindungi anda sehingga berumur 80 tahun. Perlindungan bermula selepas 2 bulan polisi Takafulink di luluskan.

3. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Kematian Akibat Kemalangan.
Jika peserta meninggal dunia akibat kemalangan, pampasan kematian akibat kemalangan bersama manfaat asas dan simpanan akan diberikan kepada waris peserta . Jika kematian akibat kemalangan semasa menaiki kenderaan awam di darat, pampasan kematiannya adalah 2 kali ganda. Dan jika kemalangan melibatkan kehilangan anggota badan, pampasan akan diberikan mengikut peratusan pada jenis serius kecacatan kekal pada peserta. Perlindungan ini berlangsung sehingga umur 70 tahun. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

4. Manfaat Khairat Kematian.
Sejumlah khairat kematian akan diberikan serta-merta sebaik pewaris mengemukakan bukti kematian peserta kepada syarikat. Khairat kematian ini membantu untuk menanggung kos urusan pengkebumian jenazah.

5. ‘Kad Perubatan’ PruBSN Takaful (Takaful Health)
Memberikan anda perlindungan perubatan utama bagi kos rawatan hospital sekiranya dimasukkan ke hospital pakar swasta disebabkan penyakit atau kecederaan. Perlindungan sebanyak RM500,000 (min) hingga RM1.5 juta (max) untuk rawatan di hospital panel dan boleh digunakan di seluruh dunia. Skop perlindungan penyakit yang lebih luas dan tidak terhad kepada penyakit kritikal sahaja. Had perlindungan adalah sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun . Memudahkan peserta menjelaskan bil rawatan di panel hospital pakar swasta dengan hanya mengemukakan Kad Perubatan dan bayaran bil dijelaskan terus oleh PruBSN secara online kepada hospital sebaik peserta dibenarkan pulang ke rumah.

6. Bayaran Ganti-Balik Perubatan akibat Kecederaan
Ini adalah manfaat tambahan kepada manfaat perlindungan kemalangan anda. Ianya membayar balik semua kos perubatan akibat kecederaan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 2 tahun dari tempoh kemalangan berlaku. Rawatan tidak terhad kepada kepada hospital pakar sahaja, malahan boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik dan tuntutan dibayar-balik mengikut jumlah kos rawatan tersebut. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

7. Elaun Harian Hospital
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital pakar atau hospital kerajaan melebihi 6 jam di wad disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima elaun hospital mengikut jumlah bilangan hari anda bermalam di hospital. Peserta juga layak menerima Elaun Harian Hospital jika bil rawatannya di tanggung oleh majikan. Perlindungan bermula selepas 30 hari polisi Takafulink di luluskan. Elaun seharian bermula RM50 (min) sehingga RM400 (max).

8. Elaun Indemniti Mingguan – Manfaat Hilang Upaya Sementara
Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya sementara akibat kemalangan. Iaitu jika peserta ditimpa kecederaan yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja (M.C), peserta akan menerima Elaun Imdemniti Mingguan mengikut bilangan minggu tidak dibenarkan bekerja oleh doktor akibat hilang upaya sementara. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

9. Elaun Pembedahan.
Sekiranya peserta menjalani rawatan pembedahan akibat penyakit atau kemalangan, selain kos rawatan di bayar dengan Medical Card, peserta juga akan menerima wang elaun pembedahan tunai mengikut tahap ‘Severity Level’ prosedur pembedahan seperti dibawah. Selain itu, manfaat ini juga menyediakan gabungan manfaat tambahan Elaun Hospital dan Elaun ICU.

Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

10. Manfaat Penyumbang-bayar
Perlindungan ini membantu membayar caruman sumbangan premium tahunan sekiranya peserta diserang penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar lagi caruman bulanan sehingga umur 80 tahun. Tetapi masih boleh menggunakan Kad Perubatan dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 70 tahun. Simpanan juga diteruskan oleh pihak syarikat PruBSN sehingga berumur 80 tahun. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia. Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

11. Pulangan Simpanan Pelaburan
Pelan Takafulink PruBSN juga membantu anda merancang simpanan anda dengan menawarkan pelbagai dana untuk memaksima pulangan pelaburan anda. Sumbangan diperuntukkan menurut tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya.

Simpanan ini boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa menunggu tempoh matang dengan syarat jumlah ‘Total Surrender Value’ telah melebihi RM1,000. Simpanan juga tidak terusik walaupun berlaku tuntutan manfaat penghospitalan berlaku! Dan sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Pelan Takafulink PruBSN memberikan fleksibiliti kepada anda dari segi:-
1)Fleksibiliti memilih sendiri tahap perlindungan dan pelaburan anda.

2)Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah bayaran premium atau perlindungan mengikut perubahan kedudukan kewangan anda

3)Anda boleh memilih daripada berbagai dana (eg. Equity, Bon etc.) untuk pulangan pelaburan simpanan bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk anda

4)Anda boleh menebus sebahagian simpanan daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.

5)Anda boleh juga boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.

Kalau ada yang kurang jelas penerangan di atas nie, boleh hubungi saya: 012-6727957 atau syaihan@prubsn.my

Klik disini utk mendapatkan Free Quotation

Kurang Jelas/Kurang Faham Mengenai Pelan Ini?

Buat Temujanji Anda Sekarang!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s